Bulan Ramadan masih berbaki lebih kurang 10 hari dan anda masih ada masa untuk mentransformasikan kulit anda sebelum menjelangnya Syawal. EH! kumpulkan tiga produk anti-penuaan terkini di pasaran.
Lancôme Rénergie H.C.F. Triple Serum
Awal tahun ini banyak serum anti-penuaan dilancarkan dan salah satu yang membuat saya tidak sabar untuk cuba pastinya serum dari Lancôme ini. Jenama kecantikan dari Paris ini memperkenalkan Rénergie H.C.F. Triple Serum, yang mana ia adalah hasil kajian selama empat dekad Lancôme dalam kajian kejuruteraan bio. Pakar saintis Lancôme menyatukan tiga bahan aktif yang berkesan merawat kesan penuaan seperti asid hyaluronik, C+Niacinamide dan juga asid ferulic. Asid hyaluronik seperti yang kita tahu berkesan dalam memulus dan menganjalkan kulit dengan menyalurkan kuasa lembapan dan hasilnya ia bagus untuk menjadi bahan yang merawat kedutan. C+Niacinamide pula menyamaratakan ton kulit dan merawat tompok hitam. The Rénergie H.C.F. Triple Serum (50ml) kini sudah mula dijual di butik kecantikan Lancôme pada harga RM640. Untuk maklumat lanjut tentang serum yang membuat kulit muda dan glowing ini klik pautan INI!