Dior Backstage menambah ‘sajian’ baru dalam ‘menunya’, membuatkan rasa teruja membuak-buak, mungkin inilah rahsia wajah berseri dan bibir mungil model di pentas fesyen.
Ton emas menjadi inspirasi utama Dior Backstage dalam melakar himpunan terbarunya. Saban tahun saya sentiasa ternanti-nanti apakah lagi item baru yang akan mereka tambah dalam himpunan mereka. Mengapa saya teruja sangat dengan himpunan baru mereka? Mudah saja, kerana himpunan mereka selalu ada kejutan dan ada perkara menarik di sebalik setiap satu produknya. Dan Siapa yang tidak mahu menggunakan produk yang turut digunakan untuk merias model-model terkenal kala pertunjukan fesyen berlangsung. Dior Backstage adalah rangkaian yang merealisasikan impian anda untuk mendapatkan efek solekan seglamor model di pentas fesyen.
Hujung tahun ini Peter Philips, pengarah kreatif dan imej Dior Makeup terinspirasi untuk menghasilkan koleksi yang banyak dipengaruhi ton emas. Menurutnya, ton emas adalah rahsia belakang pentas yang banyak mencantikkan wajah-wajah model yang berbeza-beza ton kulitnya. Baginya ton emas itu pelbagai dan bersifat universal, setiap ton emas itu berpadanan dengan semua warna kulit. Musim ini Peter Philips menyajikan tiga palet dalam ton emas, ada yang dalam warna rose gold, gangsa dan champagne, dan setiap satunya punya kesan kilau yang menarik.
“Bermain dengan ton-ton di dalam palet ini tanpa memikirkan ton kulit anda adalah sesuatu yang menyeronokan, ia menyuntik rasa berani untuk mencuba dan itulah yang Dior Backstage mahukan. Kami mahukan semua berseronok dengan kilauan untuk musim yang cukup meriah ini,” jelas Peter.
Klik untuk ketahui bedak asas kesukaan jurusolek profesional
Peter menganggap palet yang diciptakannya ini sangat universal dan pelbagai guna untuk membuat wajah lebih berseri-seri. Teksturnya pula ringan dan halus. Setiap satu palet datang dengan empat ton yang boleh dijadikan sebagai highlighter juga kontur sementelah ia punya pelbagai kemasan seperti satin, berkilau dan metalik. Ia juga boleh dicalit apda kelopak mata untuk dijadikan sebagai pembayang mata. Menurut Peter, teknik dan cara kita mengguankan palet ini terbuka, boleh digunakan dengan putik kapas, jari atau pun berus dan setiap teknik akan ada efek berbeza.
BIBIR ALA MODEL
Untuk koleksi baru ini juga, Peter hadirkan tiga gincu buat peneman bibir. Lip Maximizer adalah ilham Peter untuk efek bibir yang mungil dan berkilau. Ia bukan sekadar gincu biasa malah dimewahkan dengan manfaat penjagaan kerana ia mengandungi asid hyaluronic. Ia mencipta efek 3D pada bibir. Inilah masanya anda boleh dapatkan efek bibir mungil ala Bella Hadid seperti dalam video ini.