‘Whiteheads’ adalah salah satu bentuk jerawat putih yang paling biasa berlaku pada semua orang dan ia sungguh menjengkelkan untuk ditangani.
Whiteheads’ terjadi apabila sel kulit mati menghasilkan sebum (minyak) dan kotoran banyak sehingga boleh menyumbat pori-pori di wajah.
Tidak seperti ‘Blackheads’, yang boleh ditolak dan picit keluar, ‘Whiteheads’ sering kali tersumbat dalam liang pori dan ini boleh menjadikan rawatan wajah sedikit lebih mencabar.
Proses pembentukan whitehead bermula apabila kelenjar minyak di bawah kulit menghasilkan sebum yang berlebihan. Sebum bercampur dengan sel-sel kulit mati, membentuk penyumbatan dalam liang pori.
Keadaan ini mewujudkan persekitaran yang ideal untuk bakteria berkembang lalu menyebabkan keradangan dan pembentukan blackheads.
Berbeza dengan blackheads yang lebih terbuka dan teroksida, whitehead tertutup dan tidak terdedah kepada udara.
Walaupun bukan masalah serius, whitehead boleh menjejaskan penampilan kulit dan boleh berkembang menjadi masalah yang lebih besar jika tidak dirawat dengan betul.
Adalah penting untuk tidak memicit whiteheads! Kerana berbuat demikian boleh merosakkan permukaan kulit dan meningkatkan risiko jangkitan. Sebaliknya, amalkan langkah penjagaan kulit yang betul, seperti pembersihan biasa dan penggunaan bahan aktif seperti AHA atau BHA, boleh membantu merawat dan mencegah pembentukan bintik putih, menjadikan kulit kelihatan bersih dan sihat.
Penampakan ‘whiteheads’ kadang kala boleh menjengkelkan dan membuatkan kita tidak selesa untuk bersosial. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang 5 cara menghilangkan ‘whiteheads’.
1. Membersihkan Kulit dengan Lembut
Pertama sekali, penting untuk membersihkan kulit dengan lembut. Gunakan pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit anda.
Pilih produk yang mengandungi bahan seperti asid salisilik atau benzoyl peroksida, yang boleh membantu mengurangkan pengeluaran sebum dan merawat bakteria yang menyebabkan bintik putih.
Elakkan menggunakan pembersih muka yang terlalu keras kerana ini boleh menyebabkan kemerahan dan meningkatkan pengeluaran minyak.
2. Gunakan Peeling AHA atau BHA secara Teratur
Asid alfa hidroksi (AHA) dan asid hidroksi beta (BHA) adalah bahan aktif yang berkesan untuk merawat bintik putih.
AHA membantu menanggalkan sel kulit mati pada permukaan kulit, manakala BHA boleh meresap ke dalam pori-pori untuk membersihkan kotoran dan minyak yang menyebabkan whitehead.
Gunakan produk pengelupasan AHA atau BHA sebanyak 2 kali seminggu penggunaan untuk hasil yang optimum.
3. Hindari Penggunaan Produk Kandungan Minyak
Produk penjagaan kulit atau solekan berasaskan minyak boleh menghasilkan whitehead.
Pilih produk yang tidak komedogenik dan bebas minyak untuk mengelakkan pori-pori tersumbat.
Sentiasa baca label produk dan pastikan ia tidak mengandungi bahan yang boleh mencetuskan pembentukan bintik putih.
4. Amalkan Topeng Wajah (Masker) yang Mengandung Clay
Masker atau topeng wajah yang mengandungi Clay boleh membantu menyerap minyak berlebihan dan mengurangkan penampilan bintik putih. Gunakan topeng ini dengan kerap, tetapi elakkan penggunaan berlebihan yang boleh menyebabkan kulit kering.
Pilih topeng yang mengandungi bahan semulajadi untuk memberikan manfaat tambahan untuk kulit anda.
5. Konsultasikan dengan Pakar Kulit
Jika whitehead terus menjadi masalah, rujuk pakar dermatologi.
Pakar dermatologi boleh memberikan nasihat yang sesuai dengan jenis kulit anda dan keadaan tertentu. Mereka akan menyediakan rawatan yang lebih khusus untuk merawat bintik putih dengan berkesan.
Baca: Bibir Hitam dan Kusam? Cegah Secara Semula Jadi dengan 5 Bahan ini!