Hakikatnya, orang Asia mengalami lima masalah kulit ini. Usah bimbang kerana ada solusinya yang boleh membantu mengatasi masalah ini.
1. Kulit Lebih Sensitif
Orang Asia dikatakan mempunyai masalah kulit yang mudah iritasi kerana kulit kita mempunyai corneum strata atau dipanggil lapisan kulit paling luar yang lebih nipis berbanding dengan kulit kumpulan etnik lain. Kulit kita menjadi terlalu sensitif kepada faktor alam sekitar dan bahan kimia yang mana boleh mengganggu keseimbangan tahap pH kulit.
Tip : Hati-hati dengan produk dan rawatan yang kita lakukan pada kulit kerana kebanyakan dari kita mempunyai kulit yang tidak bertindak balas dengan baik kepada rawatan yang dilakukan seperti kulit mengelupas dan sebagainya.
EH! sarankan untuk menggunakan produk Dr.Belmeur Daily Repair Foam Cleanser kerana ia dihasilkan dengan bahan-bahan tumbuhan ringan serta diformulasikan rendah iritasi yang disyorkan oleh pakar kulit yang mana ia dicipta sesuai untuk pelbagai jenis kulit dalam mendapatkan kulit cantik sihat menawan.
2. Kulit Lebih Mudah Berparut
Disebabkan lapisan kulit paling luar yang sangat nipis, kulit orang Asia juga dikatakan lebih mudah berparut. Oleh kerana itu, penjagaan yang lebih teliti perlu dipertimbangkan, lebih-lebih lagi kala jerawat mula timbul pada kulit wajah dan pada masa pemulihan.
Tip : Jangan sekali memicit jerawat yang timbul. Gunakan produk lembut seperti vitamin E untuk memulih kesan jerawat.
Kami syorkan anda gunakan Dr.Belmeur Clarifying Spot Calming Ampoule kerana ia adalah ampoule rendah iritasi yang membantu melegakan kawasan kulit yang bermasalah serta kulit kering. Mengandungi ekstrak Centella Asiatica, ia didapati membantu memberikan keselesaan pada bahagian kulit yang bermasalah.
3. Kulit Kering
Kajian mendapati yang mana orang Asia mengalami masalah Transepidermal Water Loss (TEWL) yang sangat tinggi. TEWL merupakan jumlah wap air yang hilang dari lapisan kulit.
Tip : Ini bermakna kulit kita perlukan lebih lembapan dan sebaiknya pilih pelembap yang tinggi dengan kandungan bahan-bahan pengikat air seperti asid hyaluronic.
EH! memilih pelembap DR Belmeur THE FACE SHOP kerana ia diuji berkesan dalam meningkatkan lembapan pada kulit. Ato Salt Cream dari DR Belmeur juga terbukti sesuai untuk mereka yang berkulit kering. Ia dirumus khas untuk kulit kering dan Atopic Aczema. Mengandungi 8% garam laut mati yang memberikan kulit jauh lebih lembap dan melegakan radang untuk kulit kering. Terbahagi kepada dua jenis iaitu Daily Repair (untuk kulit kering dan sensitif) dan Clarifying (untuk kulit berminyak, cela dan bermasalah. Ia membantu dalam mendapatkan kulit yang cantik, sihat dan meningkatkan keyakinan.
4. Kulit Lebih Senang Berminyak
Sering kita dengar yang mana orang Asia mempunyai lebih kelenjar sebaceous dan lebih berminyak dari kulit orang Caucasian. Ini juga mungkin disebabkan keadaan cuaca.
Tip : Pori kulit kita lebih senang tersumbat dan disebabkan itu sebaiknya lakukan proses pengelupasan kulit sebanyak sekali atau dua kali seminggu. Di samping itu, jangan gunakan produk yang kasar, yang mana boleh menanggalkan lipid semula jadi kulit dan sekaligus membuatkan kulit lebih berminyak.
5. Hyperpigmentation
Semua kulit mengandungi kira-kira jumlah melanosit yang sama tetapi jumlah melanin yang dihasilkan berbeza. Melanin adalah pigmen kulit semula jadi yang melindungi kulit daripada kerosakan UV. Jelas sekali, orang berkulit gelap menghasilkan lebih banyak melanin dari mereka yang berkulit cerah. Walaupun penyelidikan telah menunjukkan bahawa orang Asia mempunyai lebih banyak pigmen melanin photo-protective, kajian menunjukkan bahawa kita mempunyai tiga lapisan melanin dan ini menjadikan yang kita sebenarnya mempunyai lebih banyak isu-isu dengan gangguan masalah pigmentasi seperti hyperpigmentation, melasme, freckles dan lentigines. Inilah sebabnya mengapa banyak produk kosmetik Asia mengandungi bahan pencerahan kulit.
Tip : Amalkan penggunaan krim tabir suria setiap hari agar kulit sentiasa terlindung dari sinaran UV yang merosakkan kulit.
Produk Penjagaan Kulit Pilihan EH!
Derma Cosmetics DR Belmeur THE FACE SHOP
Mengandungi lapan peratus garam laut, produk penjagaan kulit Derma Cosmetics DR Belmeur dipercayai membantu meningkatkan lembapan serta menguatkan sistem kekebalan kulit. Teksturnya yang lembut membuatkan penyerapannya pada lapisan kulit juga lebih mudah.
Produk penjagaan kulit DR Belmeur telah dihasilkan untuk pelbagai jenis masalah kulit. Rangkaian produk DR Belmeur terdiri daripada pelembap bibir, Ato Salt Cream, pelembap kulit, toner, cleansing water, buih pencuci wajah, masker wajah dan banyak lagi. Ternyata ia satu solusi yang terbaik untuk masalah kulit orang Asia.
THE FACE SHOP Dr.Belmeur turut menawarkan dua rangkaian penjagaan kulit buat rutin harian dalam kehidupan iaitu DAILY REPAIR Hypoallergenic Daily Moisture Solution dan CLARIFYING Hypoallergenic Clarifying Skin.
DAILY REPAIR Hypoallergenic Daily Moisture Solution
Ia dicipta khusus untuk kulit kering dan sensitif serta mudah bermasalah. Skin-sync Rx : Daily Repair diformulasikan dengan phytosphingosine (melindungi kulit dari masalah luar), moroheiya (memulih sistem hidrat di dalam halangan kulit), dan birch tree water (melembutkan permukaan kulit dengan bekalan lembapan yang secukupnya).
Adalah dinasihatkan untuk anda mengikuti tiga langkah asas ini dalam mengecapi kulit yang diidamkan. Bermula dengan pencuci foam Daily Repair Foam Cleanser pada kulit wajah dan seterusnya memendap Daily Repair Toner pada sekitar kulit wajah dan diikuti dengan pelembap kulit Daily Repair Moisturizer.
Antara produk lain dari Dr Belmeur yang membantu perawatan yang lebih terperinci adalah dengan Daily Repair Moisturizing Lip Balm, Daily Repair Ato Salt Cream, Daily Repair Cleansing Water dan Daily Repair Soothing Gauze Sheet Mask.
CLARIFYING Hypoallergenic Clarifying Skin Solution
Ia dirumus khas untuk kulit yang mempunyai sebum berlebihan serta liang pori yang tersumbat.
Skin-sync Rx : Clarifying mempunyai tiga intipati yang mempunyai kebaikan masing-masing. Ia termasuklah Beta-Glucan (daripada cendawan yang memastikan kulit hidrat sempurna), Cendawan Chaga (melegakan kulit) dan Ekstrak Sitrus (mengawal pengeluaran sebum).
Sebaiknya, anda lakukan tiga langkah ini untuk dapatkan hasil yang memberangsangkan. Memulakan langkah penjagaan kulit dengan mencuci kulit wajah menggunakan Clarifying Bubble Foam Cleanser, diikuti dengan Clarifying Toner. Kemudian, oleskan pelembap wajah dengan Clarifying Moisture.
Dua lagi produk tambahan yang disarankan dalam penggunaan rangkaian ini adalah Clarifying Ampoule serta Clarifying Patch Kit.