Industri kecantikan Malaysia memasuki babak baharu dengan kedatangan Makeup by Mario, jenama solekan yang diilhamkan oleh legenda dalam industri solekan, Mario Dedivanovic, di Sephora Malaysia.
Sebagai seorang pencinta kecantikan, tiada yang lebih gembira daripada mendengar berita tentang kedatangan jenama solekan terkenal, Makeup by Mario, ke Sephora Malaysia. Saya masih teringat dengan jelas betapa teruja dan gembiranya saya ketika kali pertama mencuba produk dari jenama ini beberapa tahun yang lalu. Kalau dahulu, saya harus membelinya dengan bantuan personal shopper di luar negara, tetapi kini, saya sudah boleh mendapatkannya di Sephora berdekatan.
Siapa tidak kenal Mario Dedivanovic yang merupakan mastermind di sebalik beberapa penampilan karpet merah yang paling ikonik. Kini, dia membawa keunikan produknya ke Malaysia. Dengan kualiti yang tinggi, Makeup by Mario membolehkan kita semua mencipta penampilan yang flawless dan memukau.
Sephora Malaysia sentiasa menjadi destinasi pilihan pencinta solekan, dan kedatangan Makeup by Mario semakin memperkukuhkan reputasinya. Sephora bukan hanya sebuah kedai yang menjual alat solekan semata ia adalah tempat di mana kita boleh mengeksplorasi kecantikan kita dengan bebas.
Rangkaian Produk Makeup By Mario Pilihan EH!
Master Mattes® Eyeshadow Palette (RM329)
Salah satu produk yang benar-benar menarik minat saya adalah Master Mattes® Eyeshadow Palette. Palet ini mengandungi pelbagai warna matte yang halus dan mudah di blend, menjadikannya pilihan yang sempurna untuk setiap acara. Formulanya yang creamy memudahkan penggunaan, manakala warna-warna neutralnya menjadikannya asas terbaik untuk dipakai sehari-hari.
Surrealskin™ Foundation (RM 265)
Saya masih belum berkesempatan untuk mencuba foundation dari Makeup by Mario, tetapi saya cukup teruja apabila melihat hasilnya di YouTube. Foundation ini memberikan kesan natural dan flawless. Ia sesuai untuk semua jenis kulit dan meninggalkan wajah kelihatan luminous dan seperti di-airbrush.
Surrealskin™ Awakening Concealer (RM 192)
Apa yang saya boleh katakan adalah dark circle dan cela wajah hilang dengan sekelip mata dengan hanya satu sapuan. Formulanya yang ringan menyatu dengan kulit dengan sempurna, memberikan liputan penuh tanpa menghasilkan garis-garis halus, memastikan penampilan yang segar dan flawless sepanjang hari.
Supersatin® Lipstick (RM 185)
Lipstik satin klasik ini memberikan kelembutan dan kilauan lembut pada bibir. Formulanya memberikan keselesaan ultra dan memberikan warna-warna wearable yang dipilih oleh Mario sendiri.
Softsculpt® Shaping Stick (RM 199)
Jika anda ingin mencipta look kontur dengan gaya Mario, Soft Sculpt™ Shaping Stick adalah jawapannya. Dia menggabungkan teknik konturnya yang ikonik ke dalam satu produk untuk rupa yang lembut dan mudah dicapai. Saya terutama suka berus buffing yang boleh dikeluarkan untuk mencuci dengan mudah.
Soft Pop Blush Stick (RM 199)
Soft Pop Blush Stick adalah cara kegemaran Mario untuk menambah warna pada pipi. Saya setuju dengan pemakaian blusher creamy terlebih dahulu sebelum memakai blusher powder di atasnya untuk hasil yang berkilauan dan tahan lama, selain ia cepat dan mudah digunakan.
Soft Pop Plumping Blush Veil (RM192)
Soft Pop Plumping Blush Veil memberikan sentuhan merah muda semulajadi pada pipi dan yang lebih menarik lagi, bintang pop popular, Sabrina Carpenter, juga pernah menyatakan yang dia kini obses dengan warna Rose Crush dari koleksi ini!
Jangan lepaskan peluang untuk mencuba rangkaian produk ini dan rasai sendiri keajaiban solekan ala Mario Dedivanovic di Sephora.
Artikel Berkaitan: 5 Produk Hilangkan Parut Jerawat di Sephora