Tiada bau, tiada kompromasi, Igora Zero Amm menawarkan pengalaman mewarna rambut paling menyenangkan. Aisha Retno, Adriana Adnan dan Yaya Zahir mengalami sendiri pengalaman cantik ini.
Saya menemani Aisha Retno, Adriana Adnan dan yaya Zahir ke pejabat Schwarzkopf di KL Eco City untuk proses mewarnakan rambut bersama Igora Zero Amm. Selepas sejam proses bermula, saya mula sedar, eh kenapa tak ada bau kimia yang mencucuk hidung seperti selalu kita ke salon. Ketika itu barulah saya tersedar yang bau-bau yang selalu kita hidu itu adalah bau amonia. Jadi masakan ada bau-bau tak menyenangkan itu kalau produk yang digunakan hari itu bebas amonia.
Saya masih ingat lagi, sewaktu awal-awal saya berkirim mesej mengajak Yaya mencuba produk ini, awal-awal lagi dia sudah khabarkan yang kulit kepalanya sensitif. Dia cuma boleh gunakan pewarna yang tidak ada amonia. Jadi, bila saya jelaskan yang pewarna ini memang kosong peratus amonia, barulah dia bersetuju dan beranikan diri untuk mencubanya.
Selain bebas amonia, apa lagi yang menarik tentang Igora Zero Amm ini? Saya bariskan di bawah…
MELITUPI UBAN
Selain formulanya bebas amonia, Igora Zero Amm juga diformula dengan teknologi Phytolipid yang mengandungi campuran minyak biji anggur dan aprikot yang membantu memperbaiki hasil warna yang tahan lebih lama dan menyerlah. Formulanya mampu melitup uban hampir 100 peratus.
RAMBUT KEKAL BERSINAR DAN LEMBUT
Tambah menarik, Igora Zero Amm yang dibungkuskan dalam kotak hijau ini juga ditambahkan dengan fatty acids Omega-9, yang mana minyaknya menyeimbangkan kelembapan rambut untuk rambut kekal nampak sihat dan berseri. Anda boleh lihat betapa bersinarnya rambut Adriana Adnan biarpun rambutnya melalui sedikit proses melunturkan (bleaching) warna rambut. Helaian rambutnya kekal nampak sihat bersinar.
PEWARNA VEGAN
Mengikut arus teknologi dan juga keprihatinan sejagat, krim pewarna ini juga menggunakan formula vegan, bebas bahan silikon dan juga Schwarzkopf tidak menambah apa-apa bahan pewangi ke dalam produk ini.
TON NATURAL
Igora Zero Amm menawarkan 40 pilihan warna yang mana ton kemerahan hingga keprerangan coklat, danw arna-warna ini kelihatan semula jadi tanpa perlu menjerit-jerit mahukan perhatian. Ia punya formula yang mampu menutup uban 100 peratus. Seperti kata Aisha Retno, dia menjadikan warna rambut sebagai salah satu cara dia berekspresi menerusi penampilannya. Jadi dengan pilihan 40 warna, pasti Aisha (juga anda) boleh bervariasi dalam berekspresi menerusi dandanan.
PEMBUNGKUSAN SELAMAT UNTUK ALAM
Hal kelestarian atau bahasa lazimnya sustainable sudah menjadi salah satu hal yang menjadi keutamaan pelbagai jenama apabila mereka merombak produk lama mahupun tampil dengan rangkaian baru. Samalah juga dengan krim pewarna ini, mereka membungkuskannya dengan bahan yang dikitar semula. Tiubnya diperbuat daripada 100 peratus aluminium kitar semula, penutupnya juga 100 peratus dari plastik yang dikitar semula. Manakala kotak pembungkusnya menggunakan 92 peratus cardboard yang dikitar semula.
Colourist Aisha Retno,@heyren_h_art dari @h_art_concept. Colourist untuk Adriana Adnan, @kenli_low dari @misterksalon_kajang_bangi dan colourist Yaya Zahir, @lucasgan1130 dari @awowmehairsaloon.
Arahan Kreatif & Penata Gaya, Khairul Abidin, Fotografi, Aaron Lee, Lensworks Production, Solekan, Catyong, Dandanan, Ckay Liow.
#ehmalaysia #schwarzkopfpromy #IgoraZeroAmmMy #ZeroCompromise #Igora
BACA: EH!TOP20 Lebih Trendy Dengan Kehadiran Schwarzkopf Professional OSiS+