Meskipun filem ikonik Princess Diaries yang dilakonkan oleh wanita jelita ini sudah lebih dua dekad, kecantikan yang dimiliki oleh Anne Hathaway masih kekal menawan sehingga ke hari ini.
Terkenal dengan kecantikan dan bakatnya yang menakjubkan di skrin, Anne Hathaway telah lama dikagumi kerana memiliki kulit wajah yang sempurna dan berseri walaupun sudah menjakau usia 40-an. Jadi, apakah rahsia di sebalik kecantikannya yang awet muda? Mari EH! kongsikan dengan lebih dekat beberapa tip dan rutin kecantikan Anne Hathaway yang membantunya mengekalkan penampilan mudanya.
Lima Rahsia Anne Hathaway Kekal Awet Muda Di Usia 40-an;
1. Diet Sihat
Anne Hathaway berpendapat bahawa pemakanan yang sihat adalah penting untuk memiliki kulit yang cantik. Dia menumpukan pada pemakanan seimbang yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, protein tanpa lemak dan lemak yang sihat. Dia juga precaya bahawa makan makanan dengan tinggi antioksidan, seperti beri dan sayur-sayuran boleh membantu memastikan kulitnya kelihatan segar dan muda.
2. Kekal Hidrat
Mengekalkan kelembapan kulit anda adalah sangat penting untuk memiliki kulit yang sihat. Anne Hathaway sering memastikan dirinya untuk minum banyak air putih sepanjang hari bagi memastikan kulitnya kekal terhidrat. Kulit yang terhidrat kurang terdedah kepada kedutan dan garis-garis halus, memberikannya penampilan yang muda.
3. Penjagaan Kulit Wajah
Anne Hathaway mengikut rutin penjagaan kulit yang ketat untuk memastikan kulitnya kelihatan cantik dan sihat. Dia membersihkan wajahnya setiap hari dan tidak pernah lupa untuk memakai pelindung matahari, walaupun pada hari-hari yang mendung. Dia juga melakukan rawatan wajah untuk memastikan kulitnya bersih, segar dan berseri.
4. Solekan Minimal
Walaupun bergelar bintang Hollywood, Anne Hathaway lebih suka mengekalkan solekan yang minimum. Dia percaya dalam meningkatkan kecantikan semula jadinya daripada menutupnya dengan solekan yang tebal. Bedak asas yang ringan, maskara, dan pengilat bibir adalah item solek pilihannya untuk penampilan yang segar dan semula jadi.
5. Kawal Stress
Stress atau tekanan boleh menjejaskan kulit, menyebabkan jerawat dan penuaan pramatang. Anne Hathaway menguruskan tekanan melalui aktiviti seperti meditasi, yoga dan meluangkan masa bersama orang tersayang. Ini membantunya mengekalkan pandangan yang tenang dan positif, tetapi juga menyumbang kepada kulit wajahnya yang berseri dan sihat.
Artikel Berkaitan: 5 Manfaat Gua Sha, Rahsia Wajah Awet Muda