Sephora kembali mewarnai Bukit Bintang untuk tahun kedua dengan kempen perayaan “Festive Meets Beauty” di Sephora Fahrenheit88 dari 1 Disember 2024 hingga 5 Januari 2025.
Membawa tema “Give Something Beautiful,” Sephora membawakan anda ke pengalaman membeli-belah yang mudah, menyeronokkan dan penuh gaya.
Memadukan elemen kecantikan, kemewahan dan keajaiban musim perayaan melalui pelbagai aktiviti interaktif serta kolaborasi dengan jenama eksklusif seperti Fenty Beauty, Sephora x Tutti Frutti, dan koleksi popular Sephora Collection.
Jom kunjungi Sephora “Festive Meets Beauty” di Fahrenheit88, pelbagai aktiviti menarik dan hadiah menanti anda!
Antara tarikan utama kempen ini ialah Beauty Playground, tempat di mana pengunjung dapat menikmati suasana perayaan yang indah sambil menebus hadiah-hadiah eksklusif melalui kod QR yang tersedia di sepanjang laluan. Di sini, pengalaman membeli-belah bukan sekadar tentang produk, tetapi juga melibatkan elemen kejutan dan keseronokan.
Khas buat peminat jenama Fenty Beauty, anda pasti teruja dengan kehadiran Fenty Beauty Fresh Market, di mana pengunjung boleh mencuba produk eksklusif serta mendapatkan set edisi terhad untuk hadiah musim perayaan. Pelanggan terawal juga berpeluang membawa pulang Gloss Bomb Universal Lip Luminizer bersaiz deluxe, manakala ahli Beauty Pass akan menikmati pelbagai ganjaran dengan pembelian tertentu.
Tidak ketinggalan, pengunjung boleh memanjakan diri dengan hidangan yogurt beku istimewa di Sephora x Tutti Frutti. Selain menikmati pencuci mulut yang menyegarkan, terdapat juga peluang untuk memenangi baucar eksklusif melalui permainan Spin The Wheel. Untuk mereka yang mencari warna bibir yang sempurna untuk musim perayaan, Sephora Collection Cream Lip Stain menawarkan lebih 40 rona yang memikat, lengkap dengan aktiviti permainan interaktif yang menyeronokkan.
Satu lagi inovasi yang menarik perhatian ialah Sephora Café, kolaborasi pertama Sephora dengan Trio Bakehouse. Kafe ini direka untuk menjadi tempat pertemuan yang santai, membolehkan pengunjung menikmati minuman dan makanan istimewa sambil menikmati suasana elegan.
Kempen “Festive Meets Beauty” ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan produk kecantikan kegemaran mereka, tetapi juga menawarkan pengalaman membeli-belah yang penuh keseronokan. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman ini sendiri di Sephora Fahrenheit88 sebelum 5 Januari 2025. Pastikan anda menyertai pelbagai aktiviti menarik dan menikmati keindahan perayaan yang penuh gaya!