Anda pasti cemburu melihat rakan anda yang boleh bersiap lengkap dari hujung rambut ke hujung kaki setiap hari. Di dalam benak fikiran anda, pukul berapa agaknya mereka perlu bangun untuk mendandan rambut yang lebat dan berkepuk itu? Mari kami beritahu rahsianya, mereka hanya mendandan rambut ketika tidur!
Gambar: hookedoniron.com
Sarung Bantal Satin atau Sutera
Marilyn Monroe adalah salah seorang selebriti Hollywood yang menggunakan sarung bantal satin atau sutera untuk memelihara kecantikan rambut dan kulit. Fabriknya mengelakkan kulit kepala daripada berpeluh dan kelembutan fabrik ini mengurangkan geseran pada rambut yang boleh mengurangkan kekusutan apabila anda bangun dari tidur.
Tambah Kelebatan Rambut
Cara pertama ialah, basuh rambut anda dan keringkannya sebanyak 30 peratus dan tidur. Cara kedua adalah mengikat tinggi rambut ketika tidur dengan getah yang lembut.
Rambut Berombak Manja
Cara pertama adalah dengan menoncang rambut sebelum tidur. Bahagikan rambut kepada beberapa bahagian untuk ditocang. Cara kedua adalah dengan menyanggul tinggi rambut anda. Lakukannya ketika berbaring untuk mendapat rambut yang beralun di bahagian bawah sahaja.
Rambut Kerinting
Bagi yang berambut kerinting, balutkan rambut anda dengan tuala dan tidur dengannya. Cara seterusnya adalah dengan menyapukan leave-in conditioner dan sanggulkan rambut anda. Pasti keesokan hari rambut keriting anda itu tampal lebih terletak, terurus dan lembut.