Pengacara, usahawan dan bintang media sosial ini bukanlah figura asing bagi pencinta dunia kecantikan dan fesyen. Sebelum pandemik, kelibatnya sering sahaja terlihat kala menghadiri variasi majlis seluruh kota.

Yaya Zahir meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-30 hari ini. Sempena hari istimewanya kami sempat berbual ringkas tentang kecantikan dengannya. Bersama EH!, Yaya Zahir menjawab 10 soalan cantik termasuk item cantik kesukaannya.