Disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Persiapan perkahwinan hampir siap, baju sudak ditempah, perunding perkahwinan pun sudah bayar habis, serba serbi persiapan berjalan dengan lancar. Tiba-tiba perkahwinan terpaksa di batalkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Apa perlu kamu buat dengan barang persiapan hari bahagia yang tak jadi berlangsung itu? Tak mungkin kamu nak simpan untuk masa akan datang.
Gambar: www.hiliverpool.com
Dekorasi Dulang Hantaran
Jika penggubah dulang hantaran kamu berdegil tidak mahu pulangkan duit, cari bakal pengantin yang sedang mencari penggubah dulang hantaran dan cuba tawarkan pakej yang sudah kamu bayar kepada mereka. Setidak-tidaknya kamu dapat separuh dari jumlah yang telah dibayar.
Perunding Perkahwinan
Untuk khidmat perunding perkahwinan yang kamu bayar untuk majlis kamu pula boleh kamu gunakan untuk perkahwinan yang akan datang. Katakan pada dia yang kamu masih berminat untuk menggunakan khidmatnya pada masa hadapan.
Persalinan Perkahwinan
Helaian perkahwinan kamu semuanya sudah siap di tempah Cuma tak berkesempatan untuk memakainya. Kamu boleh jual di laman social dengan harga yang berpatutan, jika kena dengan yang berkenan adalah rezeki kamu untuk menjualnya.
Baca Juga: UNTUNGNYA KAHWIN AWAL
EH! faham kamu tentu sedih kerana majlis tidak berjalan seperti yang dirancang. Jadi buat keputusan yang bijak untuk menangani setiap duit yang keluar untuk persiapan tersebut. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.