Gambar: socialjunk.net
Semua sedia maklum, ajal dan jodoh semuanya atas ketentuan dari yang maha Esa. Kalau sudah tertulis jodoh kita dengan orang yang lebih muda atau tua, kita pasti akan akur dengan tetapanNya. Tapi kalau kamu terpaut hati pada seseorang lelaki yang berstatus duda macam mana?
Duda
BAIK: Orang yang berstatus duda selalunya lebih berpengalaman tentang kehidupan berbanding yang bujang. Mereka lebih arif tentang permasalahan dalam perhubungan kerana mereka pernah mengalaminya. Jadi tak salah untuk mencuba, siapa tahu mereka akan beri yang terbaik buat kamu demi mahu mengubati kekecewaan lalu?
BURUK: Akan tetapi jangan terlalu selesa, kerana pengalaman mereka mungkin memberi tamparan hebat dalam hidupnya. Jadi, mereka mungkin sukar untuk mempercayai kamu. Natijahnya, kamu mungkin akan dipersiakan.
Duda Ada Anak
BAIK: Ini merupakan bonus buat wanita yang sedikit berusia. Kamu tidak perlu rasa terbeban jika belum bersedia untuk memberikan dia zuriat. Pada mereka, zuriat yang ada sudah mencukupi.
BURUK: Yang perlu kamu rungsingkan, bagaimana cara untuk menambat hati anak-anaknya dahulu? Selalunya, mereka akan meminta pandangan anak sebelum melangkah keperingkat seterusnya. Dan, perlu diingat, komitmen dari segi kewangan tidak tertumpu pada kamu. Dia masih punya tanggungan nafkah yang perlu diberi mengikut persetujuan mahkamah.
Duda Tanpa Anak
BAIK: Tak perlu risau tentang hal lain kerana kamu seolah-olah bercinta dengan lelaki bujan. Kalau setakat nafkah bekas isteri pun akan terhenti apabila bekas isterinya kahwin lagi.
BURUK: Apa yang perlu kamu risaukan ialah, kemampuan si dia memberikan zuriat. Lihat balik pada tempoh perkahwinan dia sebelum ini, jika terlalu lama sehingga terjadinya penceraian, cuba kaji semula apa puncanya. Terutama dari segi kesihatan batinnya.