Oleh : Farhana Fuad
Gambar: Sumber Google
Filem animasi yang mencipta fenomena dua tahun lalu, Frozen kini dalam pembikinan untuk sambungannya. Namun, ketika ini timbul satu kempen di media siosial yang mana segelintir peminat filem Frozen meminta penerbit animasi popular ini untuk menjadikan Elsa (watak utama di dalam Frozen) sebagai seorang lesbian dalam sambungannya nanti.
Viral sekarang ini di laman sosial apabila rata-rata komuniti LGBT yang kebanyakkannya di negara barat menghantar tweet permintaan berserta hashtag #GiveElsaAGirlfriend.
https://twitter.com/feministgals/status/726841790683193345
https://twitter.com/McDebnam/status/726719676076662784
https://twitter.com/LanaxNicole3/status/726612368818499584
A gay Disney princess would have helped me feel so much more normal when I was younger. Representation is important. #GiveElsaAGirlfriend
— jor? (@thejordanthrash) May 1, 2016
do it for the young girls who don't realize that they're gay until later on bc they have no role models as a child #GiveElsaAGirlfriend
— kate (@niallvoI6) May 1, 2016
Hashtag yang kian menular di laman Twitter ini bermula dengan tweet yang di hantar oleh seorang pengguna Twitter bernama Alexis Isabel Moncada. Moncada menulis “Saya berharap Disney menjadikan Elsa seorang puteri lesbian. Bayangkan bagaimana ia bakal menjadi satu yang ikonik.”
Gadis tersebut turut menambah lagi dengan “Dear @Disney, #GiveElsaAGirlfriend.” Tweet tersebut telah di retweet sebanyak lebih dari 1700 kali.
Moncada menjelaskan permintaannya itu di dalam sebuah artikel yang dihantar kepada MTV.com.
“Industri hiburan telah mempersembahkan kepada dunia watak di mana gadis jatuh cinta kepada beasts, ogres yang jatuh hati pada manusia dan juga wanita yang mencintai lebah. Tetapi dunia belum pernah lagi melihat ketulusan cinta dalam sesebuah hubungan sesama jenis.”
“Komuniti LGBT melihat filem Frozen sebagai satu metafora untuk kebebasan diri dan menerima diri seadanya. Namun Elsa, seorang watak protagonis dalam filem itu, mungkin akan berakhir dengan seorang putera lelaki atau raja dalam sekuel Frozen akan datang.”
Semestinya ia menjadi sesuatu yang tabu di kalangan masyarakat andai cadangan menjadikan watak Elsa sebagai seorang lesbian untuk sekuel Frozen yang kini masih dalam proses pembikinan. Frozen 2 dijangka dilancarkan sebelum tahun 2018.