Mata bengkak? Kulit kusam? Ini adalah tanda-tanda bahawa kulit anda memerlukan rehat yang secukupnya! Come, sit, stay – your skincation is calling for you!
Jika anda mengambil cuti tahunan untuk mengembalikan tenaga kepada kelelahan tubuh yang dialami dek bebanan kerja, kenapa tidak untuk kulit? Venusde mencabar kita semua untuk berfikir tentang jangka hayat kulit dan kekerapan untuk menjaganya dengan memperkenalkan Rawatan Muka Juicy Glow dan Venus Power yang digelar Skincation – bertujuan untuk memberikan kulit anda rehat secukupnya untuk menempuh hari yang akan datang. Relaks, sudah tiba masanya untuk kulit anda beristirehat!
EH! berpeluang mencuba rawatan wajah Venus Power untuk efek kulit yang lebih tegang, gebu dan bercahaya semula jadi. Rawatan menegangkan wajah iaitu Venus Power Facial ini mempunyai kesan yang menakjubkan, ia bagaikan facelift tanpa pembedahan! Dengan urutan lifting dan disusuli dengan dua alatan futuristik baharu tambahan iaitu Mesin Frekuensi Radio Mini dan Topeng LED,rawatan berdurasi dua setengah jam ini amat menenangkan.