Mesin Frekuensi Radio Mini memanaskan lapisan dalaman kulit agar dapat meningkatkan kadar penyerapan dengan berkesan, manakala Topeng LED bersinar dengan 7 lampu berwarna ini beraksi menembusi lapisan kulit pada tahap molekul. Ia merupakan rawatan rahsia Venusde untuk memadam garis-garis halus dan kulit kendur. Tidak hairanlah sebaik usai rawatan ini, kulit wajah menjadi lebih cerah, bersih dan bermaya! Rawatan berharga RM370 ini hadir dengan teknologi maju yang boleh membantu melindungi kulit daripada kerosakan yang membawa kepada penuaan pramatang.
Dengan matlamat untuk memastikan kulit anda kekal muda seperti hari ini, Skincation merupakan siri rawatan merawat kulit ditunggu-tunggu. Pada harga yang berpatutan, kedua-dua rawatan Juicy Glow Facial dan Venus Power Facial bertujuan untuk memberi pengalaman kita semua agar dapat memberi rehat yang secukupnya pada kulit. Sudah tiba masanya untuk memulihkan keyakinan anda dari dalam untuk tampil hebat!