Seperti sedia maklum, Hari Kebangsaan pastinya akan disambut dengan begitu meriah di seluruh negara bagi mengenang jasa-jasa perajurit yang gugur di medan perang ketika dahulu.
Setiap tahun, sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos termasuk ambang Merdeka pada malam 30 Ogos akan disambut bagi menanam semangat patriotik dalam diri setiap warga. Tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan akan diadakan di Dataran Putrajaya yang dijangka dihadiri ribuan umat manusia yang bukan sahaja penduduk setempat malah pelancong asing. Menurut akbar Berita Harian, sebanyak 22 jalan akan ditutup di Putrajaya bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-66 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos ini.
Penutupan kesemua jalan itu akan dilaksanakan bermula seawal 5 sehingga 11 pagi sepanjang upacara perbarisan sambutan berlangsung. Berbaki satu hari menjelang sambutan Hari Kebangsaan, rata-rata warga Malaysia nyata teruja melihat persiapan rapi sambutannya melalui internet, tidak sabar lagi hendak menyaksikan sendiri persembahan dan pertunjukan yang bakal berlangsung pada 31 Ogos nanti.
Semak 7 tip hadiri Hari Kebangsaan yang ke-66 di Putrajaya:
1. Datang awal
Untuk mereka yang inginkan pengalaman berada di barisan hadapan dan terdekat pada Hari Kebangsaaan, adalah digalakkan untuk tiba di lokasi sebelum Subuh (6.oo pagi) kerana sebahagian tempat akan penuh, yang mana ia sudah pun dimiliki oleh penonton lain. Jika lambat, anda terpaksa berdiri di penjuru tempat selama Hari Kebangsaan berlangsung.
2. Bawa payung
Putrajaya terkenal dengan kawasan persekitaran yang terbuka, begitu juga pada Hari Kebangsaan. Adalah digalakkan untuk membawa payung untuk mengelakkan haba panas dan cuaca yang tidak menentu.
3. Sediakan air dari rumah.
Bawa bekal air dan makan dari rumah. Untuk berjimat dan memudahkan sementelah kawasan dataran Putrajaya tidak kaya dengan restoran terdekat yang memerlukan anda menggunakan kereta sendiri. Isi perut terlebih dahulu. Mencari makan mungkin tidak ada masalah, tetapi harganya mungkin boleh menjulingkan mata.
4. Bawa kerusi mudah alih lipat.
Jika anda tidak mendapat kerusi di dataran, membawa kerusi sendiri mungkin idea yang bernas untuk melegakan kaki anda sehari.
5. Elak bawa kanak-kanak kecil dan warga tua.
Kawasan terbuka dan sesak amat tidak digalakkan buat mereka warga tua dan kanak-kanak bawah 5 tahun. Jika anda ingin bawa juga, sentiasa waspada dengan sekeliling, terutamanya anak-anak kecil. Dalam suasana sesak sebegitu, kita tidak mahu ada kehilangan.
6. Bawa plastik sampah sendiri.
Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, adalah beradab dan sopan jika kita tidak membuang sampah merata dan membiarkan tapak dataran penuh dengan sampah dan tidak terjaga selepas habis raptai. Bawa bersama plastik dan kumpulkan sampah anda sendiri kemudian buang ia ke kawasan sampah yang terdekat.
7. Rancang perjalanan.
Adalah digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam seperti pilihan terpantas ialah KLIA Transit yang menghubungkan stesen kereta api Sentral Kuala Lumpur ke lapangan terbangnya, yang berhenti di tengah jalan di Putrajaya. Kemudian anda pindah ke stesen bus shuttle terdekat yang berhenti di dataran Putrajaya. Tidak ada siapa pun yang mahu tersangkut dalam kesesakan hari itu. Tambahan lagi, jalan banyak ditutup. Jadi adalah digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam. Ps/ Sediakan baki yang cukup dalam kad Touch & Go. Kalau tidak, bersedialah untuk beratur panjang di stesen.