Sheet mask bukan hanya dianggap sebagai produk kecantikan semata, tetapi juga sebagai trend yang mendefinisikan dunia kecantikan masa kini. Jadi penting untuk mengetahui apa yang membuatnya begitu istimewa.
Mungkin anda sudah biasa dengan penggunaan sheet mask dalam rutin kecantikan anda. Namun, kali ini, EH! ingin berkongsi beberapa jenama sheet mask yang telah menjadi pilihan kami dan mendapat tempat istimewa di hati pengguna, termasuk di kalangan selebriti dan influencer. Kini, dengan beragam pilihan yang ada, setiap orang dapat menemukan sheet mask yang sesuai dengan keperluan kulit mereka, dan menikmati manfaat luar biasa yang ditawarkan.
Intai Tujuh Jenama Sheet Mask Korea Pilihan EH!
1. Abib
Jenama kecantikan dari Korea Selatan, Abib sememangnya terkenal dengan sheet mask yang berkualiti tinggi. Sheet mask dari jenama ini telah menjadi trend dalam industri kecantikan Korea. Diperbuat dari bahan-bahan yang lembut untuk kulit, seperti albumin dan buluh, yang memberikan keselesaan serta kesan efektif yang menyerap bahan aktif seperti Quercetin, ekstrak Houttuynia Cordata dan pelbagai ekstrak tumbuhan dan buah-buahan seperti Citron, yang berfungsi untuk mencerah, melembapkan, dan memperbaiki tekstur kulit anda.
2. MediHeal
Mediheal, jenama kecantikan terkemuka dari Korea Selatan yang popular, terutama dikalangan selebriti, terkenal dengan sheet mask yang berkualiti tinggi. Mediheal mengutamakan penggunaan bahan-bahan efektif seperti Natural Moisturizing Factor (N.M.F), hyaluronic acid, dan ceramide, serta teknologi terkini yang menjamin penyampaian bahan aktif yang efektif pada kulit wajah pengguna. Dengan pelbagai pilihan yang sesuai untuk pelbagai keperluan kulit, Mediheal menawarkan solusi khusus untuk kelembapan, pencerahan, atau masalah kulit tertentu.
3. Beauty Of Joseon
Masker wajah dari Beauty of Joseon ini menggabungkan kecantikan tradisional Korea dengan sentuhan inovasi moden. Terkenal kerana memfokuskan pada bahan-bahan alami yang terinspirasi dari kaedah tradisional Korea, sheet mask ini dirancang untuk memenuhi keperluan kulit. Dengan khasiat ginseng yang ada masker ini menawarkan revitalisasi dan nutrisi yang memberikan kelembapan pada kulit. Selain itu, kandungan seperti centella asiatica dan ekstrak hijau efektif menenangkan kulit sensitif, sementara niacinamide dan ekstrak bunga safflower membantu mencerahkan dan meratakan warna kulit.
4. JM Solution
Jenama kecantikan yang terkenal dengan rangkaian sheet mask yang inovatif dan berkualiti tinggi, JM solution menawarkan pelbagai jenis masker wajah yang dirancang untuk memenuhi keperluan khas kulit. Mengandungi ekstrak propolis, madu, dan royal jelly, yang memberikan nutrisi dan kelembapan intensif, produk ini menawarkan nutrisi dan hidrasi mendalam, ideal untuk mereka yang memiliki kulit yang memerlukan pemulihan dan kelembapan.
5. Dr Jart+
6. The Face Shop
The Face Shop terkenal terkenal dengan produk penjagaan dan kosmetik yang menggabungkan sains dengan bahan-bahan semulajadi, menjadikannya selamat dan berkesan. Mereka mempunyai pelbagai pilihan sheet mask untuk semua jenis masalah kulit. Bahan-bahan utama termasuk ekstrak tumbuhan dan herba, seperti teh hijau, aloe vera, biji bijan, dan ginseng. Secara umum, sheet mask dari The Face Shop ini dianggap sebagai produk terbaik, menawarkan kualiti yang tinggi pada harga yang berpatutan.
7. Sulwhasoo
Sulwhasoo, jenama kecantikan premium dari Korea Selatan, walaupun harganya agak mahal jenama ini terkenal dengan produk yang berkesan, Menggunakan bahan tradisional seperti ginseng dan peony yang memberikan penjagaan kulit mewah dan berkesan. Salah satu produk popular mereka adalah serum pengaktifan penjagaan pertama, yang bertujuan untuk meningkatkan kelembapan, kecerahan, dan kesihatan kulit. Ia dibungkus dengan ekstrak ginseng untuk anti-penuaan dan pemulihan, serta ekstrak akar peony putih dan niacinamide untuk mencerahkan kulit.
Artikel Berkaitan: 5 Produk Toner Pad Terbaik Pilihan EH!