Sama seperti kita perlukan self-care, beg tangan mewah juga berhak mendapat ‘me time’ sendiri. Ia sudah setia menemani kita ke mana saja jadi bila sudah mula kelihatan kusam, tercalar atau hilang seri, apa salahnya kita beri sedikit nafas baharu dengan menghantarnya untuk rawatan di Spa beg.
Jika anda peminat handbag mewah, pasti ada satu rasa puas bila tengok setiap satunya kekal cantik dan terjaga. Sebab itulah rawatan profesional bukan lagi sekadar extra step, tetapi satu keperluan untuk pastikan warna, kulit dan struktur beg sentiasa on point, seperti hari pertama ia dibeli.
Daripada deep cleaning hinggalah restorasi kulit yang teliti, penjagaan yang betul boleh memanjangkan jangka hayat handbag mewah anda. EH! senaraikan spa beg luxury yang bukan sahaja terkenal dengan servis berkualiti, malah menjadi go-to ramai pemilik handbag mewah. Kalau beg kesayangan anda perlukan pick-me-up, senarai ini memang wajib disimpan.
1. Reeluxs Bag Spa Specialist
Reeluxs terkenal sebagai salah satu bag spa premium di KL yang fokus kepada pembersihan, restorasi dan repair beg mewah. Servis mereka merangkumi pembersihan kulit, penghilangan kotoran, penggantian bahagian rosak dan restorasi warna. Sesuai untuk handbag designer yang sudah lama berehat dalam wardrobe dan perlukan sentuhan profesional untuk kembali berseri.

2. Dr LeatherSpa
Dr LeatherSpa adalah pakar pembersihan dan restorasi kulit termasuk bio cleaning, vachetta cleaning terutamanya bagi beg jenama Louis Vuitton, serta polish hardware handbag. Mereka memberikan penjagaan mendalam untuk memastikan beg bukan sahaja bersih, tetapi juga dikekalkan dari sudut struktur dan material.

3. Majestic services
Salah satu tempat penjagaan beg dan barangan kulit yang makin mendapat perhatian di sekitar Kepong, Kuala Lumpur. Mereka menawarkan servis seperti pembersihan beg kulit, pembersihan bahagian dalaman, pengeluaran kotoran termasuk dakwat, rawatan vachetta stain dan juga rawatan untuk mold.

4. Yixin Bag Spa
Yixin Bag Spa menawarkan servis penjagaan kulit dan beg yang sering mendapat pujian pelanggan. Dengan rating yang tinggi, jelas ramai berpuas hati dengan pembersihan yang kemas, soft leather treatment serta kerja restorasi yang dilakukan. Ia sangat sesuai untuk anda yang tinggal sekitar Klang dan inginkan servis profesional tanpa perlu ke pusat bandar.

5. The Handbagplus
The Handbagplus boleh menjadi go-to spot untuk penjagaan beg kesayangan, khususnya buat anda yang tinggal di sekitar Bandar Baru Bangi. Pakar spa handbag ini memberi fokus pada penyelenggaraan kulit, penghilangan noda serta restorasi struktur beg.

6. Bag Spa Malaysia
Terletak di Pavilion Bukit Bintang, The Bag Spa bukan sekadar pembersihan biasa mereka juga tawarkan restorasi warna, sanitizing, polishing dan lapisan perlindungan kalis air untuk beg, wallet, kasut, dan aksesori lain. Servis ini sangat sesuai untuk handbag berkulit premium yang perlukan soft care.

7. CS BAG SPA
CS Bag Spa di Ara Damansara merupakan antara pilihan yang sering menerima pujian pelanggan. Mereka menawarkan servis pembersihan beg dan restorasi ringan yang kemas serta konsisten. Kualiti servisnya sangat sesuai untuk handbag harian atau beg yang perlukan touch-up pantas sebelum menghadiri majlis atau acara penting

8. Bag Clinic
Bag Clinic yang terletak di Lot 10 Shopping Centre dikenali dengan perhatian terhadap setiap detail penjagaan beg. Daripada pembersihan asas hinggalah pembetulan warna dan restorasi ringan, setiap proses dilakukan dengan teliti. Pasukan mereka berpengalaman mengendalikan pelbagai jenis kulit dan jenama, jadi beg kesayangan anda sememangnya berada di tangan yang tepat.

Artikel Berkaitan: 6 Cute Charms Untuk Menyerikan Beg Anda!
