Tuntutan kerja, pelajaran, tanggungjawab keluarga hingga cabaran peribadi boleh menjadi punca depresi & stress.
Segala masalah berkenaan kadang-kala tidak kelihatan di mata orang lain.
Di mata mereka, anda – manusia yang normal, tetapi, hanya diri sendiri yang mengetahui bahawa anda sedang berperang dengan diri sendiri dalam diri.
Tekanan yang berterusan boleh membawa kepada depresi dan keletihan emosi yang mempengaruhi kualiti hidup, hubungan dan kesihatan fizikal.
Lepaskan lelah mu, EH! kongsikan 5 aktiviti mudah dan praktikal yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, di mana sahaja, untuk menangani stres dan depresi.
Aktiviti ini bukan sahaja ringkas, tetapi juga fleksibel untuk dimasukkan ke dalam rutin harian:

Berjalan kaki di alam semula jadi
Menghirup udara segar sambil bergerak membantu melepaskan hormon gembira.
Senaman ringkas di rumah
Aktiviti seperti regangan, yoga, atau lompat tali selama 10–15 minit boleh merangsang endorfin.
Meditasi atau pernafasan dalam
Hanya 5–10 minit fokus pada pernafasan dapat menenangkan minda.
Menulis jurnal atau catatan harian
Luahkan perasaan dan fikirkan secara positif melalui penulisan.
Mendengar muzik kegemaran
Muzik mampu menenangkan emosi dan meningkatkan mood.
Berkebun atau menjaga tumbuhan
Aktiviti dengan tanah atau tanaman memberi rasa tenang dan puas.
Minum teh atau minuman sihat secara santai
Ambil masa untuk diri sendiri, fokus pada detik sekarang.
Ruang berkreatif
Melukis, mewarna, atau buat kraf tangan boleh menjadi terapi minda.
Berhubung dengan orang tersayang
Sembang atau ketawa bersama keluarga atau kawan boleh mengurangkan tekanan.
Tidur atau rehat singkat
Power nap 15–20 minit membantu badan dan minda pulih dari stres.
