Demi menyambut musim panas tahun ini, Lollapalooza menggunakan cara yang kreatif dan gen-z untuk mengumumkan barisan penyanyi yang akan membuat persembahan bagi memeriahkan lagi Lollapalooza 2026.
Sebagai pratonton, pihak penganjur telah mengedarkan lolipop muzik khas semasa sambutan Hari St. Patrick di Chicago pada hujung minggu lalu.
Lolipop unik ini mampu memainkan klip audio yang telah disunting daripada beberapa artis yang bakal membuat persembahan di festival tersebut. Menariknya, bunyi tersebut hanya boleh didengari oleh individu yang meletakkan lolipop itu di dalam mulut mereka, menjadikannya pengalaman yang interaktif dan luar biasa.
Ini merupakan penyanyi-penyanyi yang dipercayai dengar daripada menghisap lollipop tersebut:
Zara Larsson

Sesuai dengan tema musim panas yang selalu dibawa, Zara Larsson diberi peluang untuk membuat persembahan di Lollapalooza untuk tahun 2026. Meletup dengan lagu barunya Midnight Sun dan juga Stateside, harapan peminat untuk melihat Zara tampil di pentas besar itu akhirnya tercapai.
Peminat menjangkakan vokal yang mantap akan dipamerkan, dan sudah tentu, jika solekannya tidak bold dan menyeronokkan, itu bukan Zara Larsson. Dengan gaya penuh keyakinan, aura bintang pop antarabangsa serta persembahan yang bertenaga, ramai percaya dia berpotensi mencuri tumpuan apabila festival itu berlangsung nanti.
AESPA

Selepas memulakan coachella pada tahun 2022 dengan vokal langsung yang baik dan persembahan yang baik, AESPA telah dipanggil untuk membuat persembahan di Lollapalooza 2026 pada musim panas ini. Kembali dengan lagu dan koreografi yang sangat teruja, peminat percaya bahawa AESPA akan membuatkan Lollapalooza meletup.
Instrumen ‘Dirty Work’ dipercayai dimainkan dalam lollipop yang diberikan dan persembahan ini dipercayai akan menjadi sangat menyeronokkan dan hangat semasa Lollapalooza jika benar.
Sombr

Seorang lagi artis yang berada dalam barisan penggoda lollipop Lollapalooza ialah Sombr, seorang penyanyi dan penulis lagu Amerika. Terkenal dengan lagunya ‘back to friends’, persembahan Sombr dalam Lollapalooza sangat dijangka akan menjadi begitu menyeronokkan.
Dengan genre muzik alternatif dan indienya, pasti ramai yang menjadi peminatnya selepas menonton persembahannya nanti. Ini adalah cara yang baik untuk mempromosikan dan menjadi lebih besar.
JADE

Jade Thirlwall (sebelum ini Little Mix) disahkan akan membuat persembahan di Lollapalooza 2026, seperti yang diumumkan dalam keluaran barisan awal. Peminat sangat menjangkakan persembahan solonya, dengan buzz media sosial menonjolkan muzik terbarunya dan potensinya untuk set yang menonjol di festival itu.
5 Seconds Of Summer

Lollapalooza memang tak akan terasa lengkap tanpa kehadiran kumpulan band, dan 5 Seconds of Summer atau lebih dikenali sebagai 5SOS berjaya menjadi antara artis dalam lineup, menambahkan lagi warna dalam musim panas yang penuh dengan jiwa band dan elemen rock.
Dengan deretan lagu popular mereka serta energi persembahan yang sentiasa padu, kehadiran 5SOS dijangka akan menghidupkan suasana festival, demi memberikan pengalaman yang lebih bertenaga dan tidak dilupakan oleh para peminat.
Wet Leg

Tidak dilupakan juga, Wet Leg turut menjadi antara nama yang mencuri perhatian untuk Lollapalooza 2026. Kehadiran band indie rock dari Britain ini dijangka akan menambah variasi bunyi dan warna dalam lineup, menarik peminat muzik alternatif untuk sama-sama merasai kemeriahan festival tersebut.
The Chainsmokers

Yang paling ditunggu-tunggu, The Chainsmokers mengejutkan para peminat dengan pengumuman kemunculan semula mereka di Lollapalooza 2026 di Chicago selepas hampir tujuh tahun. Kali terakhir mereka membuat persembahan di festival tersebut adalah pada tahun 2019, menjadikan kepulangan ini sesuatu yang cukup dinanti-nantikan oleh para peminat.
Dengan deretan lagu hit yang pernah mendominasi carta serta gaya persembahan yang penuh tenaga, ramai menjangkakan set mereka kali ini akan dipenuhi elemen visual yang lebih epik dan produksi pentas yang lebih besar.
