Aksesori paling cool, ini cermin mata hitam yang anda perlu miliki untuk kekal on-trend dan bergaya!
Tak kira hujan atau panas, satu aksesori yang tak pernah lapuk dek zaman ialah cermin mata hitam. Lebih daripada sekadar pelindung mata, ia kini menjadi statement utama dalam dunia fesyen
Kami kongsikan cermin mata hitam untuk anda kekal dalam radar trend terkini!
Item wajib dalam koleksi harian Jennie, Daddy-O tampil dengan aura ‘90-an yang cukup edgy dan memikat. Dilengkapi lensa kristal berbentuk segi empat bulat serta kemasan logam signature yang autentik, gaya sporty chic ini menyerlahkan siluet retro yang bold, semestinya pilihan yang mendapat kelulusan ikon fesyen!
Harga: RM619
Gentle Monster Disney F1® – Slipstream R13
Circuit Collection berteraskan tema “Disney × F1®”, menampilkan rangkaian eyewear yang meraikan elemen atletik dengan inspirasi daripada bahasa struktur jentera lumba.
Rekaan yang sleek dan berprestasi tinggi ini menggabungkan dunia fun Disney dengan estetika sukan permotoran dan hasilnya? Gaya yang bold, dinamik dan penuh karakter.
Harga: RM1,380
Miu Miu Ivresse Sunglasses
Cermin mata hitam bagi pertunjukan Spring/Summer 2026 ini menginterpretasi semula gaya ikonik tahun 2005 dengan sentuhan moden yang lebih segar. Bingkai wraparound memberikan siluet asal nafas kontemporari yang glamor, sambil mengekalkan bentuk melingkar yang menjadi identiti klasiknya.
Perincian pada bahagian temple pula dihiasi logo timbul tonal Miu Miu di luar, manakala ukiran “Archive 2005” di bahagian dalam menambah elemen eksklusif.
Harga: RM1,640
A$AP Rocky selaku Pengarah Kreatif memperkenalkan Metal Collection terbaharu. Koleksi ini statement berani tentang evolusi budaya, diterjemahkan melalui lensa kreatif seorang multi-hyphenate yang sentiasa mencabar norma.
Direka untuk fleksibiliti maksimum, Plantaris SQ hadir sebagai evolusi siluet asal Plantaris dengan sentuhan lebih moden. Lensa berbentuk segi empat, pelindung sisi yang lebih panjang serta nose piece berpengudaraan yang boleh ditukar pantas menjadikan ia pilihan versatil untuk apa jua situasi.










