Keluar dari zon selesa, ini inspirasi trend yang boleh bantu elevate gaya tanpa perlu ubah keseluruhan wardrobe.
Ingin tampil berbeza tetapi masih keliru memilih gaya yang benar-benar mencerminkan diri? Perubahan imej bukan sekadar mengikut trend, tetapi tentang memahami personaliti, keselesaan dan keyakinan diri. Setiap pilihan membawa karakter yang tersendiri samada dress to impress atau untuk boost keyakinan diri.Β
EH! membawakan inspirasi gaya yang bukan sahaja relevan, tetapi juga membantu anda menemui versi terbaik diri kerana gaya yang tepat boleh membuatkan keyakinan diri meningkat dan juga kukuhkan self-esteem!
Ini merupakan antara gaya-gaya yang unique atau selesa atau colourful yang anda boleh cuba untuk tukar gaya dari basic ke something luar biasa:
1. Ganguro
Gaya Ganguro menampilkan pilihan yang berani dan penuh warna dengan skirt mini, kasut platform tinggi serta atasan seperti crop top atau rekaan unik yang sangat mencuri perhatian. Aksesori juga penting, daripada gelang berlapis hingga sticker di muka, semuanya dalam tona terang untuk gaya yang lebih menyerlah.
Lengkap dengan kulit sawo matang, rambut bleach dan solekan dramatik terutamanya warna putih di bahagian mata, gaya ini membawa identiti tersendiri. Ganguro membawa mesej keberanian untuk melawan norma kecantikan konvensional dan mengekspresikan diri dengan lebih bebas.
2. Gothic
Fokus pada kegelapan dan drama, gaya Gothic yang memfokuskan kepada misteri adalah pilihan yang tepat terutamanya jika warna kegemaran anda adalah hitam. Dicirikan oleh pakaian gelap berkonsep teater, lengkap dengan butiran berhias seperti renda, korset dan baldu, sambil solekan menekankan rupa dramatik seperti asas solek warna putih seperti mayat.
Aksesori pula, bukan sembarangan, barang kemas perak dengan motif ghaib atau kematian seperti tengkorak, jala, choker, but tinggi, malah payung menjadi pelengkap yang ikonik. Dari pakaian hingga perincian, gaya ini membentuk aura gelap yang seram tetapi elegan.
3. Hiphop atau Streetwear
Sesuai untuk peminat baggy, gaya Hiphop atau Streetwear sangat senang untuk digayakan. Menekankan pakaian longgar dan selesa yang membolehkan pergerakan, sambil menampilkan jenama jalanan, peralatan sukan dan aksesori berani. Salah satu ciri ikoniknya ialah seluar sagging, dipakai sedikit rendah di pinggang untuk gaya yang lebih santai dan urban.
Elemen tipikal termasuk kemeja-T bersaiz besar, hoodie, seluar kargo, pakaian sukan, beanies, dan kasut ikonik. Gaya ini lebih daripada sekadar fesyen, berakar pada keaslian, ekspresi diri dan budaya bandar yang dinamik.
4. Acubi
Acubi style ialah estetika fesyen Korea yang menggabungkan asas minimalis dengan sentuhan Y2K, cyber-grunge dan fairy-grunge. Ringkasnya, βslim-fit top, baggy bottomsβ, dengan palet warna neutral dan cool-toned, reka bentuk cut-out kreatif dan teknik layering yang strategik tetapi tidak serabut.
Outfit tipikal termasuk crop camisoles, kardigan ketat, bolero atau long-sleeve top asimetri, dipadankan dengan seluar kargo baggy, parachute pants, atau mini/pleated skirt bersama stokin tinggi. Aksesori ringkas seperti cincin atau gelang perak Y2K, beg kecil atau hair accessories minimal melengkapkan gaya ini.
Pendek kata, Acubi adalah versi Y2K yang lebih tersusun, minimalis dan selesa.
5. Gnomecore
Gnomecore ialah fesyen yang selesa dan whimsical, diinspirasikan daripada garden gnomes serta makhluk hutan. Ia menampilkan pakaian berlapis dengan tona bumi atau jewel, termasuk knitted beanie, sweater oversized, seluar atau kain, dan kasut atau clog.
Elemen utama termasuk topi cerah, sweater atau knitted vest, seluar atau kain palet tona bumi dan boots rustic. Warm-toned seperti moss green, coklat, beige, mustard dan merah tua untuk memberi suasana cozy dan magical, menjadikan gaya ini unik, charming dan penuh fantasi.
6. Grandmacore
Kepada yang mencari gaya vintaj yang membawa nostalgia dan mementingkan keselesaan, sesuai untuk anda mencuba Grandmacore atau dipanggil juga sebagai Grannycore. Menampilkan pakaian berlapis seperti kardigan tebal, sweater corak, serta skirt midi atau pakaian longgar dengan corak bunga atau plaid, selalunya diperoleh secara thrift untuk menekankan konsep eternal.
Elemen penting termasuk kasut selesa seperti loafers, Mary Janes atau boots kulit, serta aksesori seperti cermin mata nipis, brooch, pin rambut dan knitted selendang. Palet warna lembut dan vintaj seperti oatmeal, beige, bunga pudar, dan putih lusuh menyerlahkan aura cozy dan klasik.
7. Mermaidcore
Lembut dan dreamy, gaya Mermaidcore ini kembali mencuri perhatian dengan estetika penuh elemen laut, daripada fabrik sheer, renda halus hingga palet warna biru, aqua dan iridescent yang mengingatkan pada kilauan air. Siluet flowy dan berlapis menjadi kunci, mencipta pergerakan yang seolah-olah mengikuti alunan ombak, sementara perincian seperti pearl, shell atau motif marin menambah sentuhan fantasi yang subtle.
Mermaidcore kini lebih versatile dan boleh digayakan secara minimal untuk tampilan harian atau diperkuat dengan aksesori statement untuk gaya yang lebih bold. Sama ada dipadankan dengan sneakers atau diinspirasikan sepenuhnya supaya tampak lebih ethereal.




















