SESUATU YANG NYAMAN DAN BERGAYA BOLEH DIPEROLEH DENGAN PADUAN GAYA UNIQLO X MARIMEKKO. ISTIMEWANYA UNTUK MUSIM BAHARU, CORAK IKONIK KARYA FUJIWO ISHIMOTO DITAMPILKAN SEBAGAI TARUHAN UTAMA.
Susulan kejayaan koleksi UNIQLO X Marimekko terdahulu, UNIQLO bersepakat untuk memunculkan koleksi edisi terhad merangkumi rekaan sedia pakai dan aksesori dedikasi wanita bermula pada 21 Mei 2021. Menjunjung tema ‘Joyful Summer’, menggarap inspirasi gaya ketradisionalan musim panas dan terik pancaran matahari yang melanda sepanjang musim panas.
Mengenai koleksi baharu ini, Yuki Katsuta, Ketua Penyelidikan dan Pembangunan UNIQLO Co., Ltd., berkata, “Kami teruja dalam berkolaborasi dengan Marimekko sekali lagi dan fokus untuk musim ini adalah pada tampilan motif karya Fujiwo Ishimoto untuk Marimekko. Karya motif yang diusahakannya, menggabungkan desain Scandinavian dan kecirian seni Jepun yang bersifat ‘bold’, unik dan elegan.
Melalui koleksi ini, identiti UNIQLO yang kuat bergabung DNA Marimekko yang ‘playful’, membentuk satu koleksi yang tidak terbatas buat semua wanita. UNIQLO turut berharap dengan hadirnya koleksi ini, warna-warna girang yang terdapat dapat menyuntik tenaga dan keterujaan dalam penggayaan, terutamanya dalam pada masa sekarang. Dunia dibadai krisis pandemik yang masih berada dalam tahap yang membimbangkan.
Terinspirasi dari optimistik dan kepositifan, corak rekaan pereka Marimekko, Fujiwo Ishimoto ditampilkan pada keseluruhan koleksi utama UNIQLO X Marimekko yang baharu. Corak floral yang lantang, selari dengan mood musim panas, serta disesuaikan dengan tenaga gaya yang menyemati dalam musim ini. Tambahan lagi, corak floral memberi ruang dan kemudahan buat pemakai untuk menggayakannya bersama padanan aksesori yang pelbagai. Ternyata, koleksi ini cukup versatil, malah memiliki tenaga gaya yang kuat melalui corak dan siluet pada rekaan sedia pakai.
Dedikasi musim baharu, UNIQLO memperluaskan koleksi UNIQLO X Marimekko untuk keriangan musim panas yang berpanjangan. Terdapat rangkaian denim, dres dan aksesori yang ditawarkan untuk gaya musim panas yang stylish.
Kemeja blouse denim dicadangkan untuk dipadankan bersama skirt panjang denim dalam corak yang sama, lalu mencipta koordinasi yang mengagumkan. Untuk gaya yang lebih fun dan muda, terdapat rekaan dan corak yang sama, tetapi dalam potongan dres tanpa lengan yang boleh dipakai buat pasangan ibu dan anak. Lantas, mencipta keserasian gaya antara ibu dan anak, selain mengeratkan hubungan ibu dan anak.
Untuk gaya yang lebih ringkas dan selesa, koleksi kali ini turut memuatkan kemeja T grafik, dres jersi, juga buat anak-anak kecil yang menginginkan keselesaan, selain dapat mengkoordinasikan gaya yang fun bersama ibu juga ahli keluarga yang lain. Nyatanya, koleksi ini direka buat menyahut nilai kebersamaan, pada masa yang sama memfokuskan kepada energi gaya yang tidak terbatas.
Artikel berkaitan: Scha Alyahya Jawab 5 Soalan Tentang Kolaborasi Bersama Bonia