1. Syamsul Yusof & Ira Kazar
Pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof memilih untuk bernikah bersama Ira Kazar secara senyap di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 14 Jun tahun lalu. Ira, anak kepada pelakon, Kazar Saisi menjadi wali kepada anaknya.
Karyawan filem berusia 39 tahun itu berkongsi berita berkenaan menerusi satu video yang dimuat naik ke akaun Instagramnya.
“Saya sudah bernikah dengan Ira berwalikan ayahnya sendiri, di Thailand. Ada sebab saya bernikah di sini, untuk memudahkan beberapa urusan dan ia sudah didaftarkan,” katanya sambil menjelaskan pelakon Puteri Sarah masih isterinya yang sah.