We have tons of good skincare brands yang memenuhi setiap rak di farmasi juga gedung kecantikan, namun beberapa jenama ini sering muncul dengan flat-lay yang cantik-cantik di media sosial juga jadi item kegemaran pakar kosmetik di YouTube. Apa sebenarnya yang menarik tentang produk-produk ini?
Produk penjagaan wajah bukanlah seperti produk solekan yang boleh ditukar ganti, kalau kulit sudah sesuai dengannya memang sukar untuk kita mencuba produk lain. Tetapi hari ini kita dapat lihat penerokaan produk penjagaan kulit sudah berbeza, lebih-lebih lagi dalam kelompok golongan millennials seperti ‘kita’, sudah ramai yang berani untuk mix and match dan menukar jenama penjagaan kepada jenama baru yang sama ada buat kulit jadi lebih teruk atau lebih mujarab. Hal ini juga membuatkan ramai dari kita sentiasa mahu mencuba item penjagaan baru, it never stop us, we love the excitement bila mencuba produk baru. Kalau sudah cantik nak jadi lagi cantik!
Selain kualiti dan keberkesanan sesebuah produk penjagaan, rekaan ‘packaging’ dan branding juga memainkan peranan penting. First impression inilah yang membuat ramai dari kita jatuh cinta walaupun belum lagi mencubanya dan semestinya buat #Shelfie di Instagram anda tampak lebih cantik, tetapi bukan itu sahaja, jenama-jenama ini juga turut disokong dari reviu bintang media sosial juga pakar kosmetik yang digemari ramai, ya lah, tidak semua produk penjagaan itu sesuai dengan kondisi/jenis kulit kita, perlulah lihat reviu dan kesan penggunaannya terlebih dahulu. Harganya juga bukannya murah ya, kalau tidak sesuai dengan kulit, sia-sia duit diterbangkan begitu sahaja.
Mahu mengetengahkan ‘It Item’ yang trending dan popular di media sosial hari ini, EH! bariskan empat jenama penjagaan wajah dan tubuh paling ‘IN’ dekad baru ini. Kami pun sudah mencuba beberapa darinya and we fall in love with it!
DRUNK ELEPHANT
Dengan menggunakan bahan-bahan asli tanpa bahan ‘Suspicious 6’ iaitu essential oils, alkohol, silikon, krim tabir suria yang berkimia, haruman dan pewarna, jenama ini terus menambat hati mereka yang memiliki kulit sensetif. Merupakan salah satu jenama yang baru sahaja memasuki pasaran Malaysia di Sephora, jenama ini terus mendaki carta ‘bestseller’ dan kemasukannya di pasaran lokal juga buat ramai yang jadi teruja, including us!
Kebanyakan produk penjagaan dari Drunk Elephant dicipta untuk diadun dengan satu sama yang lain, dan memiliki hanya satu darinya seperti tidak sempurna. Oleh kerana bahan-bahan didalamya bersifat ‘clean’ dan natural ia membuatkan produk penjagaan kulit ini jarang sekali membuahkan rasa rengsa bila diaplikasi.
“Using Drunk Elephant exclusively is the best way to get maximum results…” – Tiffany Masterson, Pemilik Syarikat Drunk Elephant
Tetapi ia datang dengan harga yang agak tinggi ya, set kembara atau tester ‘The Littles 4.o Skincare Kit’ sahaja sudah mencecah harga RM392 untuk satu set, begitu juga buat produk popular Virgin Marula Luxury Facial Oil 30ml, RM313 dan T.LC. Framboos Glycolic Night Serum 30ml pada harga RM392. Memiliki satu set rangkaian ini could charge you more than RM1000+++! We definitely need to save some cash to earn its greatness.
HERBIVOR BOTANICAL
We are sooo curious about this brand, ia menggunakan pelbagai bahan natural namun tetap hadir dengan packaging yang instagramable! Bukan itu sahaja, nama yang diberi pada setiap produk juga comel seperti Pink Cloud, Moon Fruits, Blue Tansy dan banyak lagi. Bayangkan jika ada rakan yang bertanya apa item kecantikan yang anda pakai di wajah, jawapanya; Ooh, I pakai Pink Cloud! doesn’t it sound adorable?
Dimiliki oleh skin expert Julia Wills dan Alexander Kummerow yang berasal dari Seattle, Washington, mereka mahu mencipta jenama penjagaan wajah yang menggunakan 100 peratus bahan-bahan asli seperti fruit acid exfoliators dan replenishing plant oils, and kesemuanya vegan dan cruelty-free! Antara yang menjadi item hangat dalam jenama ini adalah face oil, mereka bariskan beberapa jenis minyak wajah yang khusus mengikut keperluan kulit, antara yang pernah saya cuba ialah Emerald Deep Moisture Glow Oil yang diperkaya dengan Hemp Seed Oil dan Omega-3,6 dan 9 buat menjauhi kulit wajah dari kering, kemerahan dan kusam.
“We formulated Lapis, with linoleic acid, which is known for its ability to balance blemish-prone, oily skin.” – Alexander Kummerow
Antara item menarik yang turut menjadi kegemaran ramai adalah cristal face roller yang hadir dalam pelbagai jenis batu kristal, tetapi di Sephora Malaysia anda hanya boleh memiliki dua pilihan sama ada Jade Facial Roller RM140 dan Rose Qusrtz Facial Roller RM180. Menggunakan facial roller ini dalam rutin siang dalam malam akan menghasilkan muka yang lebih terbentuk, tidak sembap, seterusnya merangsang lymphatic system di dalam lapisan bawah kulit, its a major detoxification system!
SUNDAY RILEY
Semasa PKP ini pasti ramai yang rasa everyday feels like Sunday kan? But this ‘Sunday’ right here makes your skin feels fresh, and fully rested, seperti mana anda berehat di hari Ahad. Jenama ‘Sunday Riley’ sebenarnya merupakan nama kepada pemilik jenama kecantikan yang prefer to stay behind-the-scene at the company juga sering dilabel ‘product formulator’ oleh media-media di sana. Kini dia sudah memiliki 375 ribu pengikut di instagram dengan hanya 13 jenis produk sahaja yang dibariskan buat satu jenama mega yang berasal dari Houston, Texas ini!
Antara item yang menjadi kegemaran ramai ialah Sleeping Night Oil, melihat botolnya sahaja sudah buat anda jadi yakin bahawa produk ‘retinol’ ini tidaklah kelihatan serius seperti mahu buat kulit anda mengelupas teruk tetapi datang dengan nama comel LUNA bersama minyak yang bewarna biru ‘Blue Tansy Oil’ yang kami rasa cukup fun!
“I think a lot of luxury skin-care brands are very glossy and all about buying into the brand. We’re the opposite of that. We’re selling something that works.” – Sunday Riley dari temubual dalam Allure.com
Kalau sudah bagus harganya yang disenaraikan juga tampil setanding seperi mana keberkesanannya. Produk penjagaan Sunday Riley boleh didapati pada harga serendah RM91 buat C.EO C + E Antiocidant Protect 15g + Repair Moisturiser dan juga buat Tidal Brightening Enzyme Water Cream Moisturiser 15g, manakala buat best-selling item C.E.O. Glow Vitamin C + Tumaric Face Oil 15ml boleh didapati pada harga RM160 dan RM245 buat Luna Sleeping Night Oil 15ml.
MARIO BADESCU
We fall in love with how simple and practical it is! Popular dengan rangkaian penjagaan kulit buat masaalah jerawat yang kini dipercayai ramai. Self title brand Mario Badescu yang punya latar belakang dalam chemistry dan cosmetology ini meneroka produk botani seperti Witch Hazel, Lavender dan Aloevera yang sesuai pada kulitnya pada awal pembikinan produk, hasil dari kejayaan itu dia kini jadi antara jenama produk penjagaan kulit yang terkenal seluruh negara.
Sudah menjadi kegemaran ramai termasuk bintang media sosial dan pakar kecantikan, produk yang memiliki pembungkusan minimalis seperti ubat klinikal ini telah membersihkan kulit bermasalah pengguna termasuk kami di EH! Antara item paling digemari selain Facial Spray yang boleh dimilik pada harga RM35 buat setiap jenis (Aloe, Cucumber & Green Tea, Aloe Chamomile & Lavender dan terbaru Aloe, Sage & Orange Blossom) Special Cucumber Lotion-nya juga baik dalam membaiki kulit berjerawat dan aplikasinya tidak memberi rasa rengsa atau pedih.