Rambut merupakan mahkota yang tidak ternilai nilainya. Miliki rambut sihat dan bersinar idaman setiap wanita. EH! bariskan ramuan semula jadi terbaik sebagai masker rambut.
Biji buah betik
Kandungan yang ada dalam biji betik iaitu Glucoside Karpain sangat berkhasiat untuk menghitamkan rambut dan rambut tidak akan tampak kusam atau tidak bermaya. Cara penggunaan, biji betik dikeringkan dan tumbuk sehingga hancur dan menjadi serbuk. Lantas, oles pada rambut dan biarkan ia menyerap nutrisinya dan bilas dengan air bersih.
Pisang dan yogurt
Guna apa sahaja yang ada di dapur. Dengan menggunakan buah pisang masak, dua sudu besar yogurt biasa dan sesenduk madu mampu mengelakkan rambut kering dan rosak. Pisang mempunyai kandungan tinggi dalam mengekalkan kelembapan rambut. Yogurt menyuburkan pertumbuhan anak rambut menjadikan lebih lebat dan sihat.
Minyak kelapa
Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah rambut kering. Minyak kelapa bertindak sebagai masker semula jadi paling efektif. Kandungan asid lemak dalam minyak ini mampu menyerap dan menembusi gentian sehelai rambut. Cara penggunaan, minyak kelapa dipanaskan sehingga cair, sapu rata dari akar hingga ke hujung rambut dan balut rambut dengan tuala bersih selama 20 minit dan bilas dengan air bersih.
Avokado
Mengandungi serat nutrien Vitamin E yang akan menghidupkan semula tekstur halus dan rambut akan kekal bersinar. Dan akan mengelakkan rambut kusut.
Artikel berkaitan DIY Masker Rambut Di Rumah