Pembukaan rasmi Topshop 11 April 2012 telah berlangsung dengan sedikit kejutan apabila Topshop memperkenalkan Topshop Personal Shopping buat julung kalinya di cawangan Mid Valley, Kuala Lumpur.
Ruang khas ini dijangkakan akan memberi lebih privasi kepada pelanggan di mana terdapat perunding fesyen khas yang akan membantu pelanggan memilih dan menyuai padan dari busana sehinggalah kepada aksesori mengikut panduan dan nasihat dari pakar.
Pembukaan Topshop kali ini lebih meriah dengan kehadiran Rachel Lamb selaku konsultan peribadi Personal Shopping yang diterbangkan khas dari London.
Rachel sebelum ini pernah memberikan ceramah berkaitan Topshop bersama Emma Elwick-Bates, Editor Pemasaran majalah Vogue.
Jangan lupa kunjungi Topshop Mid Valley hari ini bagi mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar berkenaan fesyen anda!