Onitsuka Tiger kembali mengejutkan ramai orang dengan kolaborasi terbaru bersama VERSACE, gabungan street dan high fashion dalam satu kasut.
Kolaborasi antara Onitsuka Tiger dan VERSACE akhirnya dilancarkan, selepas mula diperkenalkan sewaktu VERSACE Spring/Summer 2026 show di Milan, September lalu. Dari runway ke dunia nyata, koleksi ini serta-merta memberi vibe yang standout gabungan street style dengan sentuhan high fashion yang nampak natural dan tidak berlebihan.
Model kolaborasi ini diinspirasikan daripada arkib klasik Onitsuka Tiger, iaitu siluet TAI-CHI. Kali ini, rekaan tersebut diberi nafas baharu dengan sentuhan VERSACE yang lebih bold dan glam. Hasilnya, kasut yang nampak clean, tak terlalu sarat, tapi cukup untuk tarik perhatian.
Setiap rekaan dihasilkan di Onitsuka Innovative Factory di Tottori, Jepun, dengan penggunaan material dari Itali yang dipilih dengan teliti. Antara perincian yang mencuri perhatian termasuk jahitan berganda pada jalur ikonik Onitsuka Tiger Stripes, serta simbol Medusa Versace yang hadir dalam bentuk hiasan stud pada bahagian lidah kasut. Detail kecil, tapi bagi impak yang sangat besar pada keseluruhan rekaan dan serta-merta menjadikan kasut Onitsuka Tiger kali ini lebih eksklusif.
Bahagian atas kasut Onitsuka Tiger ini dirawat dengan melalui proses mencuci atau buffing untuk mencapai tekstur vintaj. Bukan jenis kasut yang nampak terlalu “baru”, tapi lebih kepada gaya yang sudah mempunyai karakter sendiri. Selain sneakers, koleksi ini juga hadir dengan loafers, memberi pilihan yang lebih polished dalam line-up kali ini.

Keseimbangan antara dua jenama ini membuatkan kolaborasi lebih menarik lantaran rekaan Jepun yang lebih minimal dan functional, digabungkan dengan elemen Itali yang lebih ekspresif dan mewah, selari dengan identiti VERSACE yang sememangnya diiktiraf kerana reka bentuknya yang berani, glamor yang juga sering menampilkan warna-warna terang, cetakan barok serta logo kepala Medusa yang ikonik sebagai simbol jenama.
Sebagai jenama yang dikenali dengan konsep sports-inspired fashion, Onitsuka Tiger sentiasa menekankan keselesaan, inovasi dan craftsmanship dalam setiap rekaan. Ditubuhkan pada tahun 1949 oleh Kihachiro Onitsuka, jenama ini bermula dengan misi untuk menggalakkan gaya hidup sihat setiap pemakainya, sebelum berkembang menjadi nama global dalam dunia fesyen.
Kolaborasi bersama VERSACE ini jelas menunjukkan bagaimana Onitsuka Tiger terus berkembang tanpa hilang identiti asal. Kepada yang sukakan gaya yang nampak effortless tapi masih terasa mewah dan tidak berlebihan, koleksi ini memang merupakan pilihan terbaik.
Baca: When Fashion Gets Weird, 5 Novelty Bags Jadi Tumpuan Dunia Fesyen







