Jika anda perasan, dunia kecantikan hari ini semakin berani bereksperimen dan kali ini, tumpuan terarah kepada satu statement look yang cukup mencuri perhatian iaitu bleached brows. Bukan sekadar trend sementara, tetapi simbol ekspresi diri yang lebih bebas, edgy dan berjiwa high-fashion.
Trend ini sebenarnya sudah lama wujud, bermula sejak era 90-an apabila pereka fesyen seperti Alexander McQueen dan Anna Sui menjadikannya sebahagian daripada estetika runway mereka. Ketika itu, ia dilihat sebagai simbol counter culture yang berani, sedikit rebellious dan jauh daripada norma kecantikan biasa. Kini, dengan kebangkitan semula estetika Y2K, bleached brows kembali dengan interpretasi yang lebih moden, cleaner, cooler dan surprisingly wearable.
EH! kupaskan segala yang anda perlu tahu tentang trend ini daripada sebab ia kembali trending, siapa yang menggayakannya, sehinggalah cara untuk anda mencubanya sendiri dengan selamat di rumah.
It-Girl Approved
Daripada editorial majalah hingga red carpet, gaya ini kini menjadi pilihan ramai selebriti dan trendsetter seperti Kendall Jenner dan Julia Fox. Mereka membuktikan bahawa kening bukan lagi sekadar bingkai wajah tetapi elemen styling yang boleh mengubah keseluruhan vibe. Lebih menarik, trend ini turut membanjiri Tik Tok dan Instagram, menjadikannya antara look paling talked-about ketika ini terutamanya dalam kalangan Gen Z yang sentiasa mencari gaya berani dan luar daripada kebiasaan.
Bleach Sendiri di Rumah
Ya, anda boleh mencuba sendiri di rumah but this is definitely not your average beauty hack. Proses ini melibatkan bahan kimia dan kawasan sensitif di sekitar mata, jadi langkah keselamatan tidak boleh dipandang ringan. Antara perkara asas yang perlu anda ingat adalah lakukan patch test terlebih dahulu, lindungi kulit di sekitar kening, pantau perubahan warna secara berkala dan elakkan over-processing. Jika ragu-ragu, mendapatkan khidmat profesional adalah pilihan paling selamat.
Bleach juga bukan sesuatu yang boleh diambil ringan penggunaan yang salah boleh menyebabkan iritasi, rasa pedih atau kerosakan pada bulu kening. Jadi, sentiasa peka dengan reaksi kulit anda. Jika terasa tidak selesa, hentikan serta-merta.
Penjagaan Selepas
Selepas proses bleaching, kening anda akan menjadi lebih fragile dan memerlukan penjagaan ekstra. Anggap ia seperti rutin haircare, tetapi untuk kening anda. Gunakan brow gel atau oil untuk mengekalkan kelembapan, elakkan produk yang terlalu keras, dan beri masa untuk rambut pulih sebelum melakukan touch-up seterusnya.
Cara Gayakan Ikut Mood Anda
Soft glam girl
Kulit glowing, nude lips, solekan mata minimal

90s energy
Lip Liner, complexion matte, supermodel vibe

Futuristic muse
Shimmer, graphic liner, rhinestones

Artikel Berkaitan: Do’s & Don’ts, Tip Aplikasi Cushion Foundation


