Namakan sahaja, pelakon, penyanyi atau penyampai radio… Selebriti Malaysia terus memberi inspirasi!
Bukan sekadar bergaya di kaca TV atau karpet merah, kali ini barisan selebriti Malaysia membuktikan mereka juga punyai kekuatan fizikal dan mental yang luar biasa.
Menerusi cabaran mendaki Gunung Kinabalu, mereka berjaya menawan antara puncak tertinggi di Asia Tenggara, satu pencapaian yang bukan mudah untuk ditakluki.
Dengan trek mencabar, suhu sejuk yang menggigit, dan perjalanan berjam-jam, misi ini benar-benar menguji ketahanan diri.
Malaysia boleh! Ini senarai selebriti Malaysia yang berjaya tawan Gunung Kinabalu:

1.Bella Astillah
Bella Astillah antara selebriti paling banyak dikaitkan dengan pendakian Gunung Kinabalu. Beliau pernah menyertai ekspedisi mendaki bersama beberapa kenalan dan juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq. Dan disinilah momen dimana, Syed Saddiq melamar Bella Astillah, disaksikan Gunung Kinabalu, Sabah, sungguh romantik!

2. Elizabeth Tan
Elizabeth Tan pernah berkongsi pengalaman mendaki Gunung Kinabalu yang cukup mencabar secara emosi dan fizikal.
Pada 22 Februari 2022, Elizabeth tiba di Kota Kinabalu untuk memulakan pendakian pada keesokan harinya. Menurut Elizabeth, yang juga dikenali sebagai Lizzy, beliau mengakui sempat menangis berjam-jam sebelum mendaki kerana perasaan takut dan gementar terhadap cabaran yang menanti.
Namun begitu, selepas berjaya mengatasi rasa takut tersebut, beliau akhirnya berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu pada usia 28 tahun.

3. Hawa Rizwana
Hawa Rizwana berjaya menawan Gunung Kinabalu pada 14 Ogos 2023 sekitar jam 6 pagi dalam satu pendakian yang cukup mencabar.
Apa yang lebih mengagumkan, Hawa memilih laluan Via Ferrata, salah satu laluan paling ekstrem di Gunung Kinabalu yang memerlukan tahap kecergasan tinggi serta ketahanan mental yang kuat. Beliau mengambil masa kira-kira 8 jam untuk menamatkan laluan tersebut, membuktikan stamina dan kekuatan fizikalnya yang luar biasa.

4. Sherry Ibrahim
Sherry Ibrahim berjaya menawan Gunung Kinabalu pada hari Ahad, 7 Julai 2024 sekitar jam 6 pagi, ketika usianya 41 tahun. Beliau mengambil masa 2 hari 1 malam untuk menamatkan pendakian sehingga ke puncak.
Menurut Sherry, persediaannya sebelum ekspedisi ini hanya tertumpu kepada latihan mendaki di sekitar Bukit Gasing dan Bukit Kiara. Walaupun latihan yang dilakukan agak asas, ketahanan fizikal dan mental yang kuat membolehkan beliau berjaya menakluki antara puncak paling mencabar di rantau ini.

5. Johan & Ozlynn
Johan dan Ozlynn antara yang terlibat dalam misi istimewa Bekpes Hot FM menawan Gunung Kinabalu yang berjaya mencipta sejarah tersendiri.
Dalam ekspedisi tersebut, tiga daripada empat penyampai slot pagi iaitu Khairy Jamaluddin, AG dan Johan berjaya tiba di puncak pada jam 6.15 pagi, 15 November 2024. Namun, Fara Fauzana tidak dapat meneruskan pendakian atas faktor kesihatan.
6. Siti Saleha
Siti Saleha ketika itu berusia 34 tahun, turut mencuri perhatian apabila berjaya menawan Gunung Kinabalu pada 20 April 2024, bersama kekasihnya Joshua Fitton.
Menerusi perkongsian video di media sosial, Siti Saleha meluahkan rasa bangga selepas berjaya sampai ke puncak gunung tersebut. Menurutnya, beliau membuat persiapan rapi dengan menjalani latihan pendakian selama kira-kira empat bulan sebelum ekspedisi bermula.

7. Fizo Omar
Fizo Omar berjaya menawan Gunung Kinabalu pada usia 35 tahun dalam satu pendakian yang cukup mencabar bagi dirinya.
Menariknya, Fizo mengakui beliau tidak menyangka mampu menamatkan pendakian tersebut walaupun tidak melakukan latihan khusus sebelum ekspedisi bermula. Sepanjang perjalanan, beliau turut berdepan beberapa cabaran fizikal seperti kekejangan kaki dan sakit lutut, namun tetap meneruskan langkah hingga ke puncak.

8. Shakilla Khoriri
Pendakian pertamanya pada sekitar Oktober 2022 tidak berjaya apabila ekspedisi terpaksa dihentikan akibat keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Namun, beliau tidak berputus asa dan kembali mencuba pada 23 Mei 2023, yang akhirnya membuahkan kejayaan menjejakkan kaki ke puncak.
Lebih menarik, Shakilla kemudian sekali lagi berjaya menawan Gunung Kinabalu pada Disember 2023, ketika terlibat sebagai pengacara program RTM 13 episod Ekstrem Adrenalin. Beliau sendiri mengakui tidak menyangka mampu menamatkan pendakian sebanyak dua kali dalam tahun yang sama.

9. Tiz Zaqyah
Tiz Zaqyah pernah berkongsi pengalaman istimewa apabila berjaya menjejakkan kaki ke puncak Gunung Kinabalu sekitar Jun 2012 ketika terlibat dalam penggambaran drama Dejavu Di Kinabalu.
Pendakian tersebut dilakukan bersama pelakon Aqasha serta kru produksi, di mana sebahagian babak dalam drama memerlukan mereka menjalani penggambaran di puncak gunung. Tiz meluahkan rasa teruja apabila dimaklumkan awal bahawa terdapat adegan yang akan dirakam di lokasi tersebut, sekali gus menjadikannya pengalaman yang sangat bermakna dalam kerjaya lakonan.

10. Adira Suhaimi
Adira Suhaimi akhirnya berjaya menawan Gunung Kinabalu, menjadikan ia satu lagi pencapaian membanggakan dalam hidup penyanyi kelahiran Ranau, Sabah ini.
Difahamkan, Adira memulakan misi pendakian tersebut bersama kumpulan ERA Sabah pada hari Selasa sebelum berjaya sampai ke puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara itu. Perjalanan ini turut menjadi detik bermakna buatnya kerana ia bukan sahaja mencabar ketahanan fizikal, tetapi juga membawa nilai sentimental sebagai anak jati Sabah yang akhirnya berjaya menakluki gunung kebanggaan negeri kelahirannya.
Baca: 7 Selebriti Malaysia Bergelar Tengku dan Keturunan Di-Raja
