Bekerja dari rumah (WFH) bukan lagi sekadar pilihan fleksibel, tetapi kini kembali menjadi topik hangat susulan perkembangan terkini di Malaysia dan seluruh dunia.
Baru-baru ini, kerajaan Malaysia dilaporkan sedang mempertimbangkan semula pelaksanaan WFH bagi sektor awam, malah ada langkah awal untuk menggalakkan kerja dari rumah sebagai salah satu cara menangani peningkatan kos tenaga dan harga minyak global.
Bukan itu sahaja, beberapa negara lain juga mula menghidupkan semula dasar WFH bagi mengurangkan tekanan kos harian dan kesesakan pengangkutan, menjadikan konsep ini relevan semula dalam situasi ekonomi semasa selepas Covid-19.
Namun, walaupun WFH semakin diterima dan relevan semula, cabaran utamanya tetap sama iaitu bagaimana untuk kekal fokus dan produktif di rumah tanpa gangguan.

EH! kongsikan 7 cara praktikal untuk membantu anda fokus kerja dari rumah (WFH) dengan lebih efektif:
1. Tetapkan ruang kerja khas
Otak manusia mudah mengaitkan persekitaran dengan tingkah laku. Bila ada ruang khusus untuk kerja, minda akan “auto switch” ke mode fokus setiap kali anda duduk di satu tempat yang selesa.
2. Ikut jadual kerja tetap
Struktur harian membantu otak menjangka waktu produktif. Tanpa jadual, anda lebih cenderung bertangguh dan hilang momentum kerja.
3. Gunakan teknik Pomodoro
Bekerja dalam tempoh singkat (contoh 25 minit fokus, 5 minit rehat) meningkatkan fokus kerana otak tahu ada “break” yang menanti, jadi lebih mudah kekal disiplin.

4. Hadkan gangguan digital
Notifikasi media sosial boleh mengganggu fokus dalam beberapa saat sahaja, tetapi mengambil masa lebih lama untuk kembali fokus sepenuhnya (dipanggil “attention residue”).
5. Komunikasi jelas dengan ahli rumah
Gangguan fizikal sering datang daripada orang sekeliling. Dengan menetapkan “boundary”, anda kurangkan gangguan yang tidak perlu.

6. Gunakan senarai tugasan (To-Do List)
Menulis tugasan membantu otak “clear space” dan memberi arah yang jelas. Ia juga memberi kepuasan apabila tugasan berjaya diselesaikan.
7. Ambil rehat berkualiti, bukan scroll telefon
Rehat sebenar membantu otak reset. Scroll media sosial pula boleh menyebabkan otak terus aktif dan penat secara mental.
Baca : Cara Membantu Kawan Yang Mengalami Depresi Dengan Betul
